15 Disember 2020

56 Anggota KHIDMAT Sertai Skim Takaful

 Oleh : Nooreni Abu Bakar 


DUNGUN - 56 orang anggota Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (KHIDMAT) Dungun menyertai skim takaful sebagai persediaan sebarang kemungkinan menimpa ketika menjalankan tugas.

Pengerusi KHIDMAT Dungun, YB Cikgu Alias Harun berkata mereka terdiri daripada 45 orang anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Dungun dan 21 orang ahli Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT).

"Kita sedar mereka adalah 'frontliners' yang rela berkorban nyawa untuk melakukan kerja-kerja berisiko  tidak kira keadaan, masa dan tempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penyampaian Sumbangan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan(LKK), Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dungun kepada wakil KHIDMAT DUN-DUN di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rantau Abang dekat sini pada Sabtu, 12 Disember.


Cikgu Alias yang juga Pengerusi LKK menambah kebajikan adalah tunggak PAS disamping sebagai parti dakwah, tarbiah dan siasah. 

"Oleh itu dengan KHIDMAT ini yang di bawah Lajnah Kebajikan, kita  memberi bantuan kepada rakyat dalam apa bentuk sekalipun," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...