Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN - Kunjungan Ameerah Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS) dengan mengedarkan 280 bungkus hadiah (goodies) dan kit kebersihan telah menceriakan mangsa banjir.
Ketuanya, Husni Nabilah Dzulkefli berkata, inisiatif
tersebut diambil kerana menyedari kesukaran
dihadapi oleh golongan wanita terutama yang mempunyai anak kecil,
terpaksa berpindah ke pusat itu.
"Sumbangan ini adalah untuk membantu wanita yang terpaksa tinggal di PPS dengan suasana yang kurang selesa terutamanya penjagaan kebersihan diri," katanya.
Husni dihubungi di sini hari ini, mengulas kunjungan rombongan yang diketuai Pengerusi Majlis Tindakan DUN Rantau Abang, Alias Harun disertai Muslimat, Ameerah, Briged Muslimat, Jabatan Amal dan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Cawangan terlibat ke PPS di DUN itu pada Jumaat 4 Disember. Da
Menurutnya, setiap kit yang mengandungi berus gigi, tisu, lampin pakai buang, tuala wanita, topeng muka, ubat gigi dan penyangkut baju, diberikan kepada setiap keluarga manakala 'goodies' disampaikan kepada semua yang tinggal di PPS.
Sementara itu Ketua Muslimat DUN, Rugayah Mahmood turut gembira melihat keceriaan yang terpancar di wajah mereka yang sambil tidak putus - putus mengucapkan terimakasih.
"Dapatlah mengubat kebimbangan mereka, duduk fikir macam manalah keadaan rumah yang ditinggalkan dalam air penuh dalam rumah, ada yang sampai paras pinggang, ada yang fikir barang apalah yang rosak dan langsung tidak dapat digunakan," katanya.
Ulasan