17 Disember 2020

Ganjaran Besar Buat Sukarelawan Syariah


KUALA NERUS – Sukarelawan syariah yang melaksanakan 'amar ma’ruf nahi mungkar' adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya dan sangat dititikberatkan serta besar ganjarannnya di sisi agama. 

Timbalan Pesuruhjaya III Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, kerja mencegah kemungkaran ini lebih sukar berbanding mengajak manusia ke arah kebaikan.

“Mereka tidak dibayar gaji atau elaun, bahkan mereka bersedia untuk berkhidmat bila-bila masa dan di mana sahaja,’’ tegasnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan 'vest' kepada wakil-wakil sukarelawan syariah dalam kawasan Kuala Nerus di Pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Tunggal, pada Sabtu lalu. 

Menurutnya, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melantik 120 sukarelawan syariah di daerah ini.

Tambah beliau, ia memerlukan kebijaksaan, ketegasan, iltizam dan semangat serta tidak putus asa dalam menjalankan kerja yang mulia ini.

“Cabaran turun ke lapangan, menyiasat dan meyalurkan maklumat pelaku maksiat buka suatu kerja yang mudah,’’

‘’Oleh itu, ganjaran pahala mereka dalam pasukan ini sangat besar, jika pelaku maksiat di dalam semak, maka disitu lah jua mereka berada,’’jelasnya.


Menurut Dr. Alias juga, pelancaran sukarelawan syariah juga mencerminkan komitmen kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS untuk memartabatkan perundangan Islam di negeri ini dalam ruang lingkup kuasa yang ada.

“Sukarelawan syariah ini akan menyalurkan maklumat kepada penguat kuasa JHEAT sekiranya melihat salah laku orang ramai di tempat awam,’’

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, JHEAT akan segera bertindak dan membuat serbuan bergantung kepada kes dan bantuan sukarelawan syariah itu diharap dapat mencegah perbuatan tidak bermoral.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...