Dalam politik, kita kena ada kartel yang kuat untuk bertahan atau menang. Masalah kartel itu baik atau tidak, ia bukan isunya. Isunya mesti bergerak dalam skala yang besar bagi mencapai tujuan politik. Jika kartel baik, alhamdulillah. Jika tidak astargfirullah. Dalam hal ini, Umno telah menunjukkan kartel besar, biasanya akan menguasai.
2- Perak masih menjadi 'Universiti Politik Terbuka Malaysia' setelah banyak kekecohan atau krisis politik sentiasa berlaku di sana semenjak dahulu. Tetapi diyakini tiada persidangan bawah pokok akan dijalankan dan tiada acara mengangkat dan menarik keluar Speaker Dewan bagi krisis kali ini.
3- YB Aziz Bari (DAP), diajar oleh Umno, bagaimana hendak menjatuhkan MB secara praktikal, bukan dengan teori pensyarahnya yang tidak pernah duduk dalam gelanggang. Untuk rekod, Aziz Bari, adalah seorang bekas profesor yang dijoloki dengan gelaran 'pakar perlembagaan', pernah gagal dalam percubaannya untuk menjatuhkan Faizal Azumu yang dikatakan hanya mempunyai SPM, walaupun Aziz sudah meminta pertolongan Umno.
4- Umno dikatakan tidak mahu merombak kedudukan Exco lain, hanya mahu menukar MB, menurut Setiausaha Agungnya. Bermakna PAS masih dalam kerajaan Perak secara teorinya kerana PAS menegaskan tidak akan menyertai sebarang 'kerajaan baharu'. Tetapi PAS tidak pernah menyatakan sudah keluar dari kerajaan sediada. Namun dikatakan undang-undang Tubuh Negeri Perak akan membubarkan keseluruhan kerajaan jika MB diturunkan. Bagaimana episod ini agaknya?
5- Faizal Azumu merasakan ada perkara tersembunyi dengan alasan Umno itu kerana jika mahu menukar MB, kenapa tidak diadakan mesyuarat dalaman sesama parti? Jika susah atau buntu sewaktu mesyuarat, mungkin ini jalan yang sesuai. Adakah Umno berniat lain? Ini, kita kena tunggu.
6- Rakyat makin berserabut dengan permainan politik sebegini. Kemungkinan akan menguntungkan Umno kerana rakyat yang cepat merasa serabut itu, biasanya mereka yang tidak berparti. Mereka tidak mahu tahu semua selok belok kepartian kerana mereka ada kerja lain yang bagi mereka lebih utama dan mungkin mereka akan memboikot PRU. Bagi mereka, semua parti politik sama sahaja, menipu. Mereka mahu boleh cari makan dengan aman sahaja. Dan jika ini terjadi, maka Umno mendapat kelebihan kerana mereka mempunyai sokongan akar umbi yang besar dan rekod yang baik semenjak dahulu berbanding parti-parti lain.
7- PH tiba-tiba tidak marah dengan 'undi percaya'. Sedangkan pada Februari lalu, mereka marah dan menganggap PAS sebagai tidak reti perlembagaan kerana idea mahu menyokong Tun kekal sebagai PM dengan 'undi percaya' cadangan Presiden PAS . Bila untung sebelah dia, semua OK, tak hiprokrit. Nampak kan?
8- Semenjak isu undi tidak percaya kepada TS Muhyiddin, Umno, PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan dari segi percaturan politik. Iramanya agak senada. Kalau diikutkan kata-kata almarhum Dato' Ustaz Fadzil Noor yang menjadi ungkapan kegemaran Pan, jika musuh tiba-tiba memuji, maka berhati-hatilah. Atau adakah mereka sekarang sudah tidak bermusuh?
9- Umno dahulunya pernah menggulingkan musuh politik mereka PR, di Perak. Kemudian menurunkan PH, menaikkan PN di Perak. Sekarang menjatuhkan rakan politik mereka, PN, juga di Perak. Pernah dahulu meruntuhkan Kerajaan PAS Terengganu 1961 dan Kelantan 1977. Berperanan besar dalam membantu PN menukar kerajaan di Johor, Kedah dan Melaka. Semua itu dilakukan mereka, sebelum tamat penggal pemerintahan. Umno memang mahir dan hebat dalam menjatuhkan kerajaan.
10- Ketika DAP dan PKR mempunyai kerusi terbanyak di Perak, PAS mendapat jawatan MB. Sehingga dijatuhkan, DAP dan PKR tidak membuat sebarang usul undi percaya atau tidak percaya kepada MB, walaupun mereka mampu. Di Kedah, kedua parti ini bergabung dengan PAS yang mana jika mereka menarik sokongan mereka, kerajaan PAS akan jatuh. Sehingga habis penggal, kekal almarhum Tan Sri Azizan menjadi MB. Pakatan Rakyat di Selangor sebelum PRU14, juga menyaksikan sudah pecah, tetapi DAP dan sebahagian PKR, walaupun tidak bersetuju dan sangat marah dengan PAS, tetap mengekalkan pemerintahan sehingga tamat penggal. Harapnya janganlah ini menunjukkan sikap Umno lebih teruk dari DAP dan PKR bila berkawan.
11- Dikhabarkan hanya seorang sahaja Adun Umno yang menyokong MB Perak iaitu dari Pengkalan Hulu, YB Datuk Aznel Ibrahim daripada 25 keseluruhan. Manakala 24 orang lagi Adun Umno, termasuk yang mengusulkan undi percaya ini, YB Datuk Abd Manaf Hashim dari Pengkalan Baru, turut menolak Peja. Pelik jugakan, dia usul percaya, tapi dia undi tak percaya.
12. Juga menarik untuk kita perhatikan ialah ke arah mana pula gerakan Adun Titi Serong, YB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Pan), Adun Tronoh, YB Yong Choo Kiong (DAP) dan juga Adun Buntong, A. Sivasubramaniam (DAP), yang keluar parti dan menjadi Adun Bebas selepas Kerajaan Perak PH bertukar tangan kepada PN Mac lalu. Adakah adegan menangis akan muncul kembali? Kita tunggu.
13. PAS kekal dengan prinsip setiakawan. PAS dengan pendirian tidak mengejar kuasa untuk duduk dalam kerajaan baharu kerana ia mengkhianati kawan. PAS sanggup melepaskan jawatan Exco. PAS juga menggunakan sepenuhnya ruang demokrasi berhujah mempertahankan MB Perak dalam usul itu. PAS bukan lalang kerana PAS tetap dengan pendirian.
14- PAS Perak patuh dan wala' dengan arahan dan keputusan PAS Pusat dalam isu ini, berbeza dengan Umno Perak yang didakwa oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa keputusan undi percaya itu, tidak dibawa dahulu ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau Biro Politik Umno untuk dibincang. Oleh itu, adakah tindakan akan diambil terhadap semua Adun Umno Perak yang menolak undi percaya itu, atau ia sekadar jawapan bagi mengatakan kononnya Umno Pusat tidak tahu menahu. Atau Umno Pusat sudah patah taring untuk bertindak? Harapnya ia juga tidaklah menjadi isyarat benarnya Umno sedang berpecah kepada beberapa kelompok.
15- PAS dituduh bermain dalam 'dua kolam' merujuk kepada kebersamaan PAS dalam MN dan PN. Nah, sekarang ini, adakah Umno akan bermain dalam dua kolam juga? Tak apa, itu hak Umno. Cuma PAS hanya mengingatkan Umno, kolam yang satu lagi yang Umno nak berkubang itu ada di dalamnya babi. Boleh main, tetapi Umno kena sertu setiap kali habis main.
Ayuh Umno, kamu boleh mengubah keadaan. Bersama PAS dan parti Melayu lain, kita dirikan negara Malaysia yang lebih baik sebagaimana impian rakyat, tanpa DAP. Rakyat memerhati.
Mohd Nasir Abdullah
5 November 2020
Ulasan