Muslimat Ambil Berat Golongan Mualaf


Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU - Muslimat Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Terengganu amat mengambil berat dan sentiasa menghulur tangan untuk membantu golongan  mualaf atau saudara baharu. 

Pengerusi Lajnah Dakwah, Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Noorzila Mohamad berkata kehidupan mereka memang wajar disantuni kerana kebanyakannya terdiri dari keluarga yang susah.

"Memang sedih mendengar liku-liku kehidupan yang mereka lalui, tapi mereka tetap tabah dan kental di dalam menghadapinya kerana keyakinan yang kuat kepada Islam," katanya. 

Ustazah Noorzila berkata demikian selepas berkunjung ke empat buah rumah muallaf bersama muslimat kawasan Kuala Terengganu di sekitar Kuala Terengganu  di sini pada Selasa 22 Disember. 

Antara yang dikunjungi, Ayub Abdullah yang telah memeluk Islam bersama isterinya sejak lebih 20 tahun yang lalu. 

"Saya tidak dapat bekerja kerana sakit, isteri saya yang bekerja di kedai makan bersama anak yang sulung, merekalah yang menyara keluarga sekarang," ceritanya sayu. 

Menurut Ayub, anak sulungnya, Mohammad Mustaqim Ee bin Abdullah, 22,  pernah belajar di Madrasah Darul Ansar dan melanjutkan pelajaran ke Turki yang dibiaya oleh Majlis Agama Islam  Dan Adat Istiadat Melayu(MAIDAM). 

" Disebabkan Covid-19, dia balik ke Malaysia dan bekerja di kedai makan," katanya yang tinggal di Kampung Kampung Bukit Bayas.

Ulasan