27 Disember 2020

PAS Kawasan Marang Bantu Mangsa Banjir Seberang Tayor Hilir


KEMAMAN - PAS Kawasan Marang telah turut serta dalam operasi membantu penduduk Seberang Tayor Hilir yang terlibat dalam bencana banjir minggu lalu.

Kehadiran mereka adalah bagi memberikan khidmat membersihkan kawasan, rumah dan memberikan sedikit sumbangan.

Ketua Operasi Pembersihan, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, program hari ini amat berjaya dan beliau mengharapkan tenaga yang disumbangkan oleh dapat meringankan beban mangsa banjir di sekitar kampung tersebut.

“Operasi ini telah disertai oleh 170 orang, yang terdiri daripada PAS Kawasan Marang, Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang, Khidmat Malaysia Marang, Jabatan Amal, Ameerah, Muslimat, dan Alternative Riding Club (ARC) Marang.

“Kita juga telah membersihkan beberapa buah rumah, surau, masjid dan juga balairaya yang terjejas teruk dan dipenuhi lumpur.

“Antara yang turut bersama-sama adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu menangkan seekor ular di rumah seorang mangsa banjir," kata beliau.

Kontigen PAS Kawasan Marang diketuai oleh Ustaz Sulaiman Sulong yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan bersama-sama ADUN Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman.

Selain daripada khidmat dan operasi pembersihan, sebanyak 400 ekor ayam juga turut disumbangkan kepada mangsa banjir.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...