DUNGUN – Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) menjadi batu loncatan untuk melahirkan generasi akan datang dan keturunan yang sentiasa berilmu dan beramal.
Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengingatkan generasi yang kuat adalah generasi yang dibentuk dengan ilmu.
“InsyaAllah dengan adanya sebuah PASTI di Kampung Bijangga dapatlah kita menyediakan asas pendidikan kepada masyarakat setempat diperingkat kanak-kanak,” ujarnya.
Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Lot Tanah untuk pembinaan sebuah PASTI di Kampung Bijangga, dekat sini pada 27 Disember yang lalu.
Menurut beliau dua lot tanah yang telah diinfakkan oleh arwah Haji Hashim dengan diwakilkan Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri(DUN) Sura, Mohd Syahir Raden.
“Satu lot tanah lagi adalah sumbangan orang ramai, menjadikan tiga lot untuk pembinaan bangunan PASTI,” katanya.
Majlis berkenaan turut dihadiri ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik.
“Semoga pembinaan bangunan PASTI dapat berjalan dengan jayanya,” ujarnya lagi.
Ulasan