Banjir; Pejabat Perhubungan PAS Turut Terjejas


KUALA TERENGGANU – Pejabat Perhubungan PAS, Jalan Sultan Omar dekat sini turut terjeas akibat banjir kilat yang melanda bandaraya ini semalam.

Ketua Pemuda Ustaz Nasir Abdul Razak berkata, kejadian tersebut adalah luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Oleh itu, beliau menyeru agar sukarelawan PAS khususnya Jabatan Amal dan ARC serta sluruh jentera Pemuda untuk membantu membersihkan premis terbabit.

“kita pakat turun beramai-ramai bersama membantu, In shaa Allah, pemuda mendepani kebajikan, mendahului segalanya,” kata beliau, semalam, Rabu 2 Disember.

Sehubungan itu, 15 anggota unit Jabatan Amal Kawasan Kuala Terengganu kita turun ke Pejabat PAS untuk menyelesaikan kerja-kerja pembersihan sepertimana yang diarahkan.

“kita dapat laporan pada pagi ini juga banyak rumah-rumah yang memerlukan pertolongan untuk dibersihkan, kita tumpu kepada pusat pentadbiran kita dulu,” ujar Komander Mohamad Nizam Wahab, pagi ini.

Justeru, disebab hujan masih turun, beliau berharap angar semua anggota amal dan masyarakat amnya, mengambil langkah berjaga-jaga.

“kita minta doa daripada sahabat-sahabat yang diluar sana, insyaallah doakan kami untuk memudahkan kerja kebajikan ini,” tambah beliau

Ulasan