DUNGUN - Pengorbanan 42 orang guru dan pembantu di 11 buah Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) di Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang diberi penghargaan.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata walaupun penghargaan tersebut tidak setimpal dengan pengorbanan yang dicurahkan.
"Kita (Majlis Tindakan DUN) sedar mungkin ianya tidak sesuai dikatakan penghargaan, tetapi inilah yang mampu kita beri," katanya.
Cikgu Alias berkata demikian ketika majlis meraikan guru-guru PASTI di Pusat Komuniti DUN Rantau Abang di sini pada Rabu 23 Disember.
Di dalam majlis tersebut mereka menerima sumbangan barangan dapur dan wang.
Seterusnya beliau turut memuji kesungguhan tenaga pengajar institusi pra-sekolah PAS itu yang turut mengadakan kelas secara atas talian memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) untuk mengekang penularan Pandemik Covid-19.
"Alhamdulillah kelas secara 'online' dapat diteruskan walaupun ianya tidak mencapai hasrat pembelajaran yang cikgu-cikgu dan ibubapa pelajar PASTI inginkan, tetapi itulah yang dicapai berbanding kelas bersemuka," jelasnya.
Ulasan