Kaum Muslim Uighur yang dipaksa tinggal di 'kem pendidikan semula' orang China terpaksa makan daging babi setiap hari Jumaat.
Seorang rang mangsa kekejaman pemerintah China.Sayragul Sautbay berkata, jika menolak makanan itu, hukuman keras akan dikenakan.
"Setiap hari Jumaat, kami terpaksa makan daging babi ... Mereka dengan sengaja memilih hari yang suci bagi umat Islam," ujarnya bercakap dalam wawancara dengan Al Jazeera.
Beliau, seorang doktor perubatan dan pendidik yang tinggal di Sweden, telah menerbitkan sebuah buku yang memberikan gambaran tentang penderitaannya, termasuk menyaksikan penyiksaan.
"Saya merasa seperti orang lain. Di sekeliling saya menjadi gelap. Sungguh sukar diterima," kata Sautbay.
Seorang lagi mangsa adalah pengusaha Uighur, Zumret Dawut, yang dijemput pada bulan Mac 2018 ke Urumqi.
Selama dua bulan, Dawut mengatakan pihak berkuasa mempersoalkan hubungannya dengan Pakistan, tanah air suaminya.
Mereka juga bertanya kepadanya kata beliau, tentang berapa banyak anak yang dimilikinya, dan apakah mereka telah belajar agama dan membaca al-Quran.
Menurut Umret, daging babi yang disajikan terpaksa ditelan kerana tiada makan lain.
"Ketika anda duduk di sebuah kem konsentrasi, anda tidak memutuskan untuk makan atau tidak. Untuk hidup, kami harus memakan daging yang dihidangkan kepada kami. " jelasnya.
Mengikut dokumen yang ada pada agensi berita itu, pembangunan pertanian di wilayah Xinjiang, mempromosikan dan mengembangkan penternakan babi.
Ahli antropologi Jerman dan sarjana Uighur, Adrian Zenz, menggelarkan usaha Cina itu dalam dokumen tersebut sebagai kebijakan 'sekularisasi.
Memetik dokumen dan artikel berita yang disetujui oleh China, Zenz telah melaporkan bahawa ia usaha aktif di wilayah itu sejak tahun 2019.
Dalam perkembangan sama, Pentadbir Tertinggi Xinjiang, Shohrat Zakir, mengatakan bahawa wilayah tersebut akan diubah menjadi 'pusat pemeliharaan babi'.
Katanya, projek itu dijangka menempati kawasan seluas 25,000 meter persegi (82 kaki persegi) di sebuah taman perindustrian di daerah Konaxahar, Kashgar, dinamakan semula Shufu, menurut laman web berbahasa Cina, Sina, lapor Al Jazeera.
Selanjutnya lapor tersebut menyatakan, perjanjian itu ditandatangani secara rasmi pada 23 April tahun ini.
"Ini adalah sebahagian dari usaha untuk membasmi sepenuhnya budaya dan agama orang-orang di Xinjiang," kata Zenz.
Ulasan