Utamakan Keselamatan Rakyat


 Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU- Tindakan proaktif oleh pihak berwajib bagi memperbaiki segera jalan-jalan berlubang akibat banjir perlu diutamakan demi keselamatan rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim berkata tindakan demikian sangat wajar.

“Tanpa perlu menunggu seorang Menteri, EXCO atau rakyat biasa menjadi mangsa kemalangan. ‘Trend’ jalan diturap elok bila ada ‘orang besar’(kenamaan) nak lalu perlu diubah.

“Orang besar kereta dia ‘absorber’ ok. Masalahnya kereta rakyat yang ‘absorber’ dah jem. Sekali terhentak sampai ke jantung, “ ujarnya melalui suatu kenyataan, di sini, pada Isnin, 28 Disember.

Beliau berkata, contoh yang ada pada Khalifah Umar al- Khattab yang mementingkan kebajikan rakyat perlu dicontohi oleh pihak berwajib.

“Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata Kalau sekiranya seekor keldai di Iraq patah kaki kerana terperosok dalam lubang, aku bimbang akan ditanya oleh Allah lantaran kecuaianku membiarkan jalan berlubang sehingga menyusahkan rakyatku.

“Syaidina Umar tetap mengambil berat walau jalan laluan yang dilalui binatang bernama keldai,” ujarnya.

Ulasan