Wartawan Rakyat Peneraju Media Baharu

 


Oleh : Siti Nur Radhiah Alias

KUALA TERENGGANU- Melahirkan wartawan rakyat merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan didalam PAS agar ianya berperanan menjadi peneraju kepada media baharu.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan, Badan Perhubungan PAS Terengganu, Sazali Mohd Noor berkata, oleh kerana itu pelbagai usaha dilakukan melalui bengkel penulisan dan pemberitaan.

“Bertujuan bagi melahirkan wartawan rakyat dalam arus media baharu yang akan melaporkan aktiviti-aktiviti PAS setiap daerah di Terengganu ini.

“Berita adalah sesuatu fakta yang bersifat baru dan hendaklah disebarkan agar ianya tidak basi,, "katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kepada 20 peserta yang mengikuti Program Bengkel Asas Penulisan dan Wartawan Rakyat , di TD 1303, pada Ahad, 27 Disember.

Katanya, aktiviti secara berkumpulan telah diadakan bagi mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran peserta.

“Semua ilmu telah dicurahkan. Kini hanya tinggal masa untuk bekerja dan membuat liputan di kawasan masing-masing agar (setiap) maklumat ini sampai kepada semua lapisan masyarakat,” ujarnya.


Ulasan