Oleh: Jusmawari Jusoh
BESUT – Seramai 150 pelajar menyertai kem Tamrin Anak-Anak
Ahli PAS (TAMPAS) 2021 bagi mengisi waktu cuti hujung tahun dengan perkara yang
lebih bermanfaat.
Ahli Jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat, Ustaz Dr. Riduan
Mohamad Nor berkata, program ini adalah anjuran
Lujnah Dakwah PAS dengan kerjasama Urusan Ulama PAS Kawasan Besut.
Katanya, aktiviti ini berlangsung selama lima hari bermula 9
hingga 14 Januari bertempat di Kompleks Tahfiz Annur Besut,Kampung Alor Belanga
Jerteh.
"Kita berharap dengan adanya program sebegini dapat
mengeratkan ukhuwah sesama anak ahli PAS dan adanya generasi pelapis kepimpinan
PAS serta perjuangan Islam,” ujarnya.
Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Parlimen Besut berkata
demikian ketika di temui dalam program, di sini, pada semalam.
Menurutnya, generasi pada hari ini yang dikenali "generasi
android" sangat terdedah dengan kebejatan akhlak kerana terlalu mudah
akses kepada media sosial.
"Justeru itu, atas dasar tanggungjawab sebagai pemegang amanah saya
akan menyebarkan kebaikan kepada seluruh masyarakat, maka program ini diinspirasikan,”
tambahnya lagi.
Ulasan