Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU –Sebanyak 131 beg darah telah berjaya dikumpulkan dalam program ‘Amal Mega Blood Donation 2021’ anjuran Jabatan Amal Malaysia (JAM) Terengganu walaupun sekarang pendemik Covid-19 sedang melanda seluruh negara.
Pengarah Jabatan Amal Negeri Terengganu Sauji Abdul Rashid berkata, aktiviti tersebut bertujuan membantu meningkatkan bekalan darah negara.
Katanya, selain itu, di samping sebagai kerja kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah program derma darah kali pertama pada tahun ini sambutan amat mengalakkan, kita mensasarkan 100 penderma darah, yang hadir 177 dan 131 berjaya menderma darah, selebihnya tidak dapat menderma kerana berbagai masalah antaranya hb rendah,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program yang diadakan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran pada 23 Januari yang lalu.
Justeru itu, beliau berharap program seperti ini dapat di ikuti oleh kawasan lain seluruh negeri Terengganu.
“Kita menzahirkan kebersamaan dan semangat prihatin rakyat Malaysia apatah lagi saat negara di landa pendemik Covid-19,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Ameerah negeri Terengganu, Hajah Zuraida Mohd Nor berkata, ia satu program yang sangat baik dan sewajarnya di teruskan pada masa masa akan datang di tempat berlainan.
“Tahniah kepada Jabatan Amal Negeri Terengganu kerana berjaya mengadakan program ini dengan pemantauan SOP yang ketat.
“Saya juga merasa bangga kerana ramai juga penderma terdiri dari kaum wanita, Alhamdulillah,” katanya.
Seorang penderma Wan Mohd Naim bin Wan Razak, 34, yang ditemui ketika dalam program tersebut berkata, sudah kali yang ke 39 beliau telah menderma darah dan sekiranya sihat insyaAllah akan terus menderma selagi di perlukan.
Selain itu, seorang ibu kepada tujuh orang anak yang berasal dari Kuala Nerus, Nadiah Mohd, 39, berkata, beliau akan terus menderma untuk membantu tabung darah yang setiap hari memerlukan bekalan tersebut.
Ulasan