Amboi-amboi Abang Mat Said, Mentang-mentanglah…..

Amboi-amboi Abang Mat Said,

Mentang-mentanglah PAS kata akan teruskan projek Kenyir yang dah telan duit rakyat RM200 juta, terus Abang Mat ingat projek dia itu macam menguntungkan rakyat dan sudah suci dari hening dosa, dia dah mula nak berlawan dengan PAS semula.

Mentang-mentanglah LPT2 yang rancang dahulu tiada tol, terlebih bajet, dengan jalan yang mendap, berayun, lopak, lembu melintas, banyak kemalangan, yang guna duit Kerajaan Negeri kira-kira RM2 bilion, Abang Mat jadi psiko pulak dengan PAS.

Mentang-mentanglah Abang Mat diterima semula masuk Umno setelah menangis sedih diturunkan jawatan MB oleh Najib, yang masa itu anak Abang Mat nak kahwin, lalu berpakat dengan dua lagi Adun Umno nak jatuhkan kerajaan Razif, nak sokong PAS, lepas tu bila dah rasa gagah, nak belasah PAS pula.

Mentang-mentanglah RM2.2 juta projek ubi gadong Abang Mat yang dikatakan boleh membesarkan payudara tu tak berjaya, maka dia nak mengamuk sebab PAS dedahkan, langsung dia nak bergomol dengan PAS.

Mentang-mentanglah Abang Mat dapat pergi ke benua Antartika yang kata nak buat penyelidikan entah apa entah, dah rasa bangga, terus nak bergusti pula dengan PAS.

Mentang-mentanglah Abang Mat tak jawab langsung cabaran almarhum Ustaz Abu Bakar Chik yang ajak Abang Mat bersumpah muhabalah kerana Abang Mat menuduh PAS, parti ajaran sesat, Abang Mat terus nak perang dengan PAS.

Mentang-mentanglah projek Bandar Kijal gagal, takde kilang tekstil macam yang diidamkan, takde laluan ikut sungai nak angkut besi macam yang Abang Mat rancang, terus Abang Mat jadi hati keras macam besi nak kalahkan PAS.

Mentang-mentanglah Idris Jusoh yang buat Taman Ilmu yang jadi projek gajah putih sebanyak RM400 juta tu, Abang Mat rasa seronok sebab bukan Abang Mat yang buat, tiba-tiba rasa gagah, nak ‘test’ juga dengan PAS.

Mentang-mentanglah Projek Sungai Comor yang kerugian RM50 juta tu PAS tak buat tindakan balas dendam sebab PAS nak tumpukan kepada kemajuan negeri dan tak mahu berkelahi, lalu Abang Mat ingat PAS lemah, Abang Mat nak bertinju juga dengan PAS.

Mentang-mentanglah projek Fertigasi Mega yang gagal dan menelan sebanyal RM20 juta wang orang Terengganu, Abang Mad jadi triggered dengan PAS, tuduh PAS macam,macam.

Mentang-mentanglah PAS bag balik tanah terkilan kepada tuan yang berhak selepas dirampas semula oleh Umno, sampai ada tapak rumah seorang tentera di Setiu, yang menjaga negara turut diroboh, Abang Mat naik angin sebab antara tanah yang diberikan itu, termasuk di RTB Bujal, kawasan Abang Mat, elok jer Abang Mat nak berkelahi dengan PAS.

Mentang-mentanglah Tun Mahathir serahkan royalti petroleum semasa Dr Samsuri jadi MB, Abang Mat tak puashati sebab dah bertahun mintak dengan PM Najib dari BN dulu, tak dapat-dapat, langsung Abang Mat nak cari gaduh dengan PAS.

Mentang-mentanglah Jabatan Amal PAS selalu buat kerja gotong royong dan sudah  disukai orang ramai sebab baik budi mereka, berbanding dengan Skuad Sabil Umno yang hanya bergambar tunjuk otot tapi payah nampak muka, terus Abang Mat tuduh PAS jahat masa bantu rakyat di kawasan banjir.

Mentang-mentanglah Jabatan Parit dan Saliran (JPS) yang dikata Abang Mat buat kolam takungan yang kemudian banjir di RMM Teluk Kalong, (ada orang kata dah lama lulus, sebelum 2018 lagi) dan-dan Abang Mat kata JPS bodoh, dan nak jugak sangkut dengan PAS.

Mentang-mentanglah Abang Mat dah beli bas dua alam sebanyak RM3 juta yang tak boleh guna tu, Abang Mat angin satu badan nak tenggelamkan PAS pula dalam PRU nanti.

Mentang-mentanglah PAS dah laksana 90 peratus manifesto, Abang Mat jadi takut sebab nanti rakyat tengok PAS lebih baik daripada Umno, jadi, Abang Mat nak matikan PAS siap-siap.

Mentang-mentanglah TDM syarikat Kerajaan Negeri dah dikeluarkan dari senarai tidak patuh Syariah, menampakkan kesungguhan PAS membuang riba, Abang Mat jadi kalut sebab nanti dilihat orang, memang PAS menjalankan kehendak Islam.

Mentang-mentanglah Abang Mat ada seekor singa di Zoo Kemaman yang rugi tu (dulu Abang Mat cadang pendapatan Zoo Kemaman nanti akan ganti  royalti petroleum) dan singa tu baik dengan Abang Mat, boleh peluk-peluk, Abang Mat pun rasa bengkeng macam singa juga, nak terkam PAS saja kerjanya.

Mentang-mentanglah PAS berjaya nak habiskan hutang negeri yang Abang Mat buat dulu, tapi tak reti-reti nak bayar habis, terus jer marah-marah kat PAS, langsung nak ‘bertumbuk’ undi dengan PAS.

Mentang-mentang orang kata Abang Mat macam Donald Trump yang tak puashati kalah dengan Joe Biden, tak mahu keluar pejabat Presiden, meroyan nak jawatan semula, macam-macam Trump kata kat Biden, Abang Mat pun nak ikut perangai Trump jugaklah ni, nak jadi MB semula, kata macam-macam kat PAS.

Mentang-mentanglah lada yang Abang Mat tanam tak laku nak jual masa PKP, terus Abang Mat berangan nak jadi MB semula, nak rampas dari PAS.

Abang Mat, Abang Mat nak apa ni? Abang Mat, Abang Mat….hati kau keras Abang Mat….🙄

Mohd Nasir Abdullah

4 Januari 2021

Ulasan