Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Terasa


DUNGUN - 'Cubit paha kanan, paha kiri terasa', itulah perumpamaan tautan ukhuwah yang terjalin dalam kalangan anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM). 

Menurut Komandan JAM Dungun, Tarmizi Hilmi  Mohamad Zuber, apabila ujian kehidupan yang menimpa anggotanya, Mohd Fakruddin Husin, amat dirasakan oleh pihaknya. 

"Beliau merupakan seorang ahli jawatankuasa JAM Negeri Terengganu yang sangat istiqamah dalam kerja-kerja kebajikan bersama-sama Jabatan Amal," katanya ketika dihubungi di sini  semalam. 

Menurutnya,  Fakruddin  sekeluarga telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan  keretanya terbalik. 

" Beliau dan anaknya mengalami kecederaan serius dan keretanya ' total lost', " ceritanya lagi. 

Katanya, paling menyedihkan beliau tinggal bersama ibunya yang juga menghidap angin ahmar. 

Justeru, Tarmizi mengajak orang ramai untuk  membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Fakruddin. 

Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Mohd Fakruddin  Husin menerusi Bank Rakyat yang bernombor, 2200 11220 3755 atau berhubung terus dengannya di talian 0139973616

Ulasan