Iltizam Atur Langkah Baharu


 Oleh : Adli Mohamad

 DUNGUN – Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Besi beriltizam untuk mengatur gerak langkah baharu yang lebih ke hadapan dengan menyusun kembali agenda serta perancangan dalam memperkasakan parti.

 Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, berkata telah tiba masanya seluruh jentera parti bekerja dengan lebih efektif.

 “Sebagaimana dimaklumkan kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Segala pengalaman yang lalu kita telah analisis dari pelbagai sudut agar jentera kita  lebih bersedia pada kali ini serta lebih diperkasakan bagi menghadapi apa jua kemungkinan.

 “Kini PAS semakin dilihat dan semakin menjadi pilihan warga Dungun terutamanya di Hulu Dungun yang dilihat semakin mendapat sambutan baik melalui apa jua program yang kita adakan, ianya juga dapat dibuktikan melalui pertambahan ahli,” jelasnya.

 


Beliau berkata demikian  ketika ditemui pihak media di sini, pada Isnin, 4 Januari.

 Selain itu katanya lagi, beberapa cawangan PAS di DUN itu telah didaftarkan secara rasmi.

 “Melibatkan enam cawangan iaitu Cawangan PAS Jongok Batu, Rantau Panjang, Perumahan Bukit Besi, Taman Madani dan juga Kampung Padang Ping.

 “Kesemua cawangan ini telah lama kewujudannya, cuma belum didaftarkan secara rasmi dan telah mengadakan Mesyuarat Agong Kali Pertama setelah ianya diluluskan di peringkat PAS Pusat.

 "Melalui cawangan-cawangan ini kita mengharapkan agar ianya akan lebih memperkasakan PAS DUN Bukit Besi,” ujarnya.

 Tirai tahun baharu  lebih bermakna katanya lagi, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Negeri Terengganu, Dato’ Yahaya Ali telah hadir ke DUN berkenaan.

 “Dimana melalui kehadiran beliau kita mengambil manfaat serta mengambil keberkatan bagi memberikan sedikit motivasi bagi meniupkan semangat kepada petugas-petugas kita di dalam melakukan gerak kerja yang lebih efektif.

 “Sementelah lagi beliau merupakan ‘mentor’ saya di dalam parti, serta pernah berada lama di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) menjadikan hubungan kami akrab, dan beliau merupakan diantara pencetus kewujudan PAS di AMBS serta pernah bertanding untuk DUN Paka pada tahun 1986,” ujarnya.

Ulasan