Jangan Selesa Dengan Pencapaian

 
KUALA TERENGGANU -  Walaupun banyak perubahan yang berlaku di negeri ini sejak pemerintahan PAS tiga tahun lalu, ahli dan penyokong diingatkan agar jangan berasa selesa dengan pencapaian tersebut.

Namun begitu, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Senator Dato' Haji Husain bin Awang berkata, ia menandakan bahawa keadaan politik yang tidak stabil sekarang ini di Terengganu dan juga negera Malaysia.

"2021 menandakan 3 tahun pemerintahan  di Terengganu. Mengambil maklum banyak manifesto, perubahan dan penambahbaikan telah berjaya di lakukan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata demikian dalam satu kenyataan di laman sosialnya sempena tahun baru 2021, semalam.

Menurutnya, walaupun seluruh dunia diuji dengan pandemik COVID-19 dan ketegangan politik tanahair, waktu akan tetap bergerak serta perkara yang ditakdirkan pasti akan berlaku juga. 

"2018 merupakan sejarah buat PAS Terengganu setelah berjaya mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Terengganu.

 "Selang 22 bulan selepas itu, PAS Terengganu berjaya menghantar wakil dan calon untuk berada dalam kabinet Pusat setelah kerajaan PH jatuh," jelasnya.

Justeru itu kata beliau, ia merupakan suatu nikmat yang patut  semua syukuri.

Beliau menambah, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan, terutama persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang mungkin berlaku bila-bila masa sahaja.

Ulasan