KAMI Sahut Cabaran Murali


KUALA TERENGGANU - Kumpulan Aktivis Media Inspirasi (KAMI) menyahut cabaran Pengarah terkenal tanah air,
Murali Abdullah yang mahu memulakan industri kreatif di negeri Terengganu dengan menganjurkan Kursus Penulisan Skrip.

Ketua Kluster Kemahiran KAMI, Haji Sazali Mohd Noor berkata, langkah itu bersesuaian dengan hasrat NGO itu mahu meningkatkan skil penggiat media di negeri ini.

"skrip amat penting dalam menghasilkan video berkualiti, menjadi rujukan pemain media dan industri, pengarah, pelakon, juru video dan semua yang terlibat, 

"merujuk kepada dokuman yang dinamakan 'skrip' dalam penghasilan kreativiti masing-masing," jelasnya ketika dihubungi. 

Beliau berkata, lebih ramai penulis skrip diperlukan bagi menghasilkan khazanah audio visual, baik dari sisi pembikinan filem panjang atau pendek, drama dan dokumentari.

Oleh itu beliau menjemput rakan-rakan media untuk menokok 'nilai tambah' diri masing-masing, mengikuti kursus asas tersebut.

"Program Kursus Asas Penulisan Skrip Dokumentari, Video Pendek, Drama oleh Pengarah Filem Murali Abdullah akan diadakan pada, Isnin, 11 Januari 2021

"Masa dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Han Digital Terengganu TD1303, " ujarnya

Menurutnya, peserta terhad kepada 40 orang terawal, dinakan yendaftaran yang rendah sebanyak RM 50.00 seorang dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Azhar MS di talian 01115004672

Ulasan