Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP


 KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi membantu golongan yang terkesan.

Ketua khidmat Malaysia Kawasan berkenaan, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Bagi peringkat parlimen lokasinya terletak hadapan Pejabat Pusat Khidmat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di hadapan surau baru Gong Pauh serta DUN Bandar pula di Cabang Tiga.

“Manakala bagi DUN Ladang pusat pengumpulannya ialah di futsal Berek dan bagi Batu Buruk pula ialah di Hadapan Mydin Kuala Ibai,” jelasnya.

Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu berkata demikian dalam satu kenyataan, pada hari ini.

Menurutnya, program berkenaan turut membuka peluang kepada orang ramai bagi memberikan bantuan secara atas talian.

“Melalui Bank Islam diatas nama Badan Kebajikan PAS Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaunnya ialah 13017 01004 4705.

Beliau menambah, untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Mohd Soud di talian 019 9879332, Ustaz Kamal Ali 013 9239445 ataupun Irman Ramli di talian 019 9399549.

Sumbangan anda akan kami sampaikan kepada mereka yang amat memerlukan,” tambah beliau.

Ulasan