Lebih Banyak ‘Gerobok Rezeki’ Untuk Bantu Yang Memerlukan


KUALA TERENGGANU – Lebih banyak ‘Gerobok Rezeki’ atau almari makanan di sediakan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan dan asnaf yang memerlukan, terutama sepanjang PKP 2.0.

Setiausaha PAS Marang Ustaz Sulaiman Sulong berkata, selain itu ia membuka peluang keepada yang golongan berkemampuan menyalurkan sumbangan kepada mereka.

"Tidak kiralah sama ada bagi barangan mahupun wang ringgit. InshaAllah kami terima semuanya untuk  diagihkan kepada sasaran yang terputus bekalan makanan khususnya dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) 2.0 ini, " katanya.

Beliau yang juga ADUN Pengkalan Berangan  menjelaskan demikian mengulas program yang telah dilancarkan di Pejabatnya, semalam 27 Januari.

Oleh itu, Ustaz Sulaiman berharap projek tersebut menjadi satu tarikan  untuk orang ramai melakukan kebajikan kepada masyarakat khususnya di DUN tersebut.

“saya menyeru kepada yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Dana Ekonomi Pengkalan Berangan, Maybank yang bernombor 563019238632.

“kepada mereka yang memerlukan bantuan bekalan harian sila hubungi Razali Mamat di talian 019 976 3486, Syazrol Hakimi Zaid - 014 331 5510, Zainuddin Ibrahim - 011 318 07018 atau Pust Khidmat DUN , 09 680 5100,” jelasnya.


Sementera itu, di Setiu, Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Langkap Nordin Jusoh berkata, masjid bukan sekadar berperanan sebagai tempat untuk beribadat sahaja.

Namun katanya, fungsi masjid jauh lebih besar termasuklah dalam soal penganjuran pelbagai program berunsurkan kemasyarakatan dan kebajikan.

“Hari ini bagi Masjid Felda Chalok  melaksanakan satu program yang dikenali sebagai `Gerobok Rezeki’, sebuah almari disediakan di masjid berkenaan bagi menempatkan barangan keperluan harian,

“beras, gula,tepung, garam, minyak masak, kicap dan susu itu yang boleh diambil oleh mereka yang memerlukan, yang di sumbangkan oleh orang ramai,” ujarnya yang juga Pengerusi JPKK Sri Rahmat.

Beliau berharap mereka yang memerlukan bantuan makanan itu dapat mengambilnya sekadar yang diperlukan, supaya lebih ramai individu atau keluarga yang terjejas dapat turut menikmati manfaat tersebut.

“Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan barangan juga amat dialu-alukan bagi membolehkan lebih ramai yang mendapat faedah dan manfaat daripada program berkenaan.

“Bagi orang ramai atau ahli kariah yang ingin menyumbang samada bentuk barangan atau kewangan bolehlah menghubungi Tok Imam Din  di talian 011-32371662,” kata beliau.

Ulasan