Muslimat, Ameerah Berganding Bahu


Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU - Muslimat dan Ameerah berganding bahu, menyusun  jentera petugas dalam misi banjir PAS, sebaik menerima arahan daripada YDP YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abudullah selaku Pengerusi Khidmat Malaysia Kuala Terengganu.

Ketua Muslimat  Shamsiah Abu Bakar berkata, seramai 112 orang anggota dengan empat buah  bas dan empat buah van, telah dihantar ke daerah Raub, Pahang, bagi membantu penduduk yang ditimpa bencana. 

"misi terbahagi pada tiga kumpulan, kumpulan pertama pembungkusan barangan, 'team' kedua pembersihan dan team ketiga dapur rakyat, 

"kita buat yang terbaik semoga sedikit usaha kita ini akan menjadikan. PAS makin di kenali dan niatlah segalanya kerana Allah," ujarnya, ketika diminta mengulas operasi tersebut yang berakhir pada  11 Januari. 

Shamsiah Abu Bakar

Turut serta ialah Pengarah Ameerah, YB Zuraida Md Noor yang juga ADUN Wanita Terengganu. 

Beliau yang juga Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata, mereka berkampung kita sehari di kawasan terjejas banjir itu untik menyatakan bahawa PAS prihatin dan sentiasa bersedia membantu mereka yang di timpa musibah. 

"saya amat bersyukur muslimat muda kita tidak kekok bila di panggil menjadi sukarelawan bahkan bersegera memberi  Kesanggupan untuk turun padang bergelumang dengan lumpur dan sebagainya," jelasnya. 

Sementara itu, anggota muslimat Nur Ain binti Nasarudin, 19, dari Kampung Sungai Rengas menzahirkan hasrat untuk turun padadang lagi jika diarahkan. 

"ini adalah pengalaman pertama saya dalam misi seperti ini, ianya merupakan pengalaman manis saya di tahun baru ini, 

"saya begitu bangga melihat bukan saja saya tetapi ramai orang muda lainnya begitu bersungguh bila di panggil membantu, " katanya

YB Zuraida Md Noor


Ulasan