KUALA TERENGGANU - PAS tetap berpegang kepada apa yang diperintahkan oleh Allah, tidak akan menjadi ‘syaitan bisu’ dan tetap menegur, apa yang tidak betul dan yang silap.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Dato’ Husain Awang berkata, orang yang beriman
itu adalah bersaudara dan sentiasa memperbaiki hubungan ‘silaturrahim’.
“Yang kedua Allah perintah pada kita, hendaklah kamu berpegang teguh dengan ‘tali
Allah’, jangan kamu berpecah,
“Kita semua adalah bersaudara, semua
kita tak ‘maksum’ samada kita
daripada parti mana pun, ada salah ada yang betul, ada yang baik, ada yang
kurang, ada yang salah. Semua kita
mengalami perkara ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam ‘Wacana Tiga Tahun Pemerintahan PAS Terengganu' yang disiarakan secara langsung melalui Harap TV, pada Isnin 18 Januari.
Oleh itu katanya, setiap pihak wajib menegur dan memperbetulkan keadaan,
mengikut suasana dan kemampuan yang ada, berlandaskan kepada kesopanan adab,
tata susila dan akhlak Islam.
“Jadi kerana itu PAS yang diamanahkan mentadbir negeri Terengganu, kita
mengurus negeri menjalankan amanah
dengan meneruskan apa yang baik yang dilakukan oleh kerajaan yang lalu,
“kita perbetulkan apa yang silap dan serta memperbaiki apa yang salah, kita
tegur apa yang tidak betul dan kita menambah baik apa yang baik. Itu sikap yang
kita ambil sekarang ini,” jelasnya.
Tambah beliau, PAS akan mempercepat pembangunan menigut keperluan negeri dan keperluan rakyat bergantung kepada keadaa kewangan kerajaan negeri.
“Antara yang kita pulihkan seperti Stadium Sultan Mizan Gong Badak, operasi kompleks Paya Bunga dan perumahan Padang Setengge,
“Alhamdulillah Paya Bunga Hotel ini sekarang berjalan dan telah pun menunjuk hasil yang membanggakan kita, projek Padang Setengga yang telah kita pulihkan dan ini merupakan fasa terakhir projek pemulihan itu.
“Begitu juga projek lain antaranya TDM Berhad, kita kembalikan semula perjalanan tdm berhad kea rah patuh Syariah,” ujar beliau.
Beliau menegaskan, dasar PAS adalah Islam dan rujukannya ialah al-Quran, Hadis, Ijma, Ulama dan Qias, yang menjadi paksi serta tunjang parti Islam itu.
“Islam menjadi pemandu kepada PAS yang memandu kearah kejayaan, inilah rahsia pentadbiran PAS setakat ini,
“apa jua kedudukan, tugasan yang dipegang yang di amanahkan kepada pemimpin-pemimpin PAS adalah merupakan ibadat, amanah, tanggungjawab yang semuanya ada nilai dosa pahala ada nilai syurga dan neraka.
“Panduan inilah yang sedikit sebanyak menjadi asas kepada kekuatan dan juga kejayaan serta kebersihan dalam pentadbiran PAS di negeri Kelantan dan juga peringkat negeri PAS pada tahun 1999 sehingga 2004 dan Alhamdulillah setakat ini masih dapat lagi bertahan,” katanya.
Ulasan