SETIU- Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bantu 43 mahasiswa yang terkesan serta tidak dapat pulang ke negeri masing-masing setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuat kuasa.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nasir Ab Razak, berkata kesemua mahasiswa Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail itu, didapati masih berada di sekitar kampus di negeri ini menerima bantuan berupa bakul makanan.
“Bantuan ini diberikan setelah mendapat maklumat terdapat mahasiswa yang masih berada di sekitar kampus dan tidak pulang ke negeri masing-masing,” ujarnya pada satu kenyataan pada Selasa, 26 Januari.
Beliau turut menyeru agar semua pihak memaikan peranan bagi membantu golongan yang terkesan sepanjang PKP dilaksanakan.
“Semua pihak sama ada parti politik, NGO, dan orang persendirian (perlu) untuk sama-sama membantu kelompok yang sangat memerlukan (bantuan) di era Covid 19 ini,” ujarnya.
Turut serta menyampaikan sumbangan, Ketua Lajnah Kebajikan DPPNT, Ustaz Shafizi Ismail dan Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan DPPNT, Sabri Zakaria.
Ulasan