Pentadbiran PAS Berada Di Landasan Terbaik


Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU - Pentadbiran PAS di negeri Terengganu pada ketika ini berada pada landasan terbaik dengan segala projek pembangunan berjalan lancar berbanding ketika pemerintahan PAS pada tahun 1999 - 2004.

Timbalan Pesuruhjaya III, Dr. Haji Alias Razak berkata, ditambah pula dengan kerjasama yang baik dengan semua pegawai kerajaan.

“Masa pemerintahan Barisan Nasional (BN) diperingkat pusat, memang kita tidak boleh nafikan mendapat banyak halangan-halangan, kurang kerjasama samada dari pegawai negeri sendiri apatah lagi daripada pegawai persekutuan.

“Tapi sekarang Alhamdulillah dapat kerjasama yang baik samada daripada pegawai negeri yang kita ada dan daripada pegawai pusat juga mendapat kerjasama yang baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana Tiga Tahun Pemerintahan PAS Terengganu, di siarkan secara langsung melalui Harap TV, pada Rabu, 20 Januari.

Mengulas lanjut katanya, melalui jalinan kerjasama pegawai di semua peringkat itu mendapat pelbagai peruntukkan.

“(Samada) jabatan ataupun kementerian, banyak juga yang dibuat di Negeri Terengganu samada di bawah infra, di bawah (projek) perumahan dan sebagainya banyak mendapat peruntukkan yang sama dengan negeri lain berbanding 1999-2004 dahulu,” ujarnya.

Dimana pada ketika pemerintahan PAS pada krtika itu, kata beliau,, peruntukkan yang diterima terlalu sedikit.

“Kebanyakkan disekat, inilah perbezaan yang saya kira sangat ketara sekarang, samada peruntukkan-peruntukkan wajib yang dibayar oleh kerajaan pusat kepada kita (PAS).

“Jadi Alhamdulillah sekarang ini Nampak lebih lancar dan lebih licin. Saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua pegawai dan kakitangan kita samada negeri atau persekutuan yang telah memberi kerjasama pada kita hari ini menyebabkan kita dapat mentadbir dengan baik dan teratur,” katanya lagi.

Lebih mengembirakan katanya, Kerajaan PAS Terengganu akan menerima ‘Wang Petroleum’ dahulunya dikenali sebagai ‘Royalti’ 100 peratus tanpa pemotongan oleh kerajaan ‘Perikatan Nasional’ (PN).

“Maka kita  boleh baiki jalan yang rosak dengan cepat, beberapa projek kecil dan projek-projek yang bersaiz sederhana dapat kita teruskan juga projek (ketika) di zaman UMNO (BN) dapat diteruskan kerana duit itu ada,” ujarnya.

Ulasan