Pusat Khidmat Bantu Penduduk Sepanjang PKP 2.0

 


KUALA TERENGGANU - Penduduk Kuala Nerus yang mengalami kesempitan hidup dan memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerkan 2.0 (PKP2.0) boleh mendapatkannya melalui Pusat Khidmat Parlimen.

Ahli Jawatakuasa PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali  berkata, pihaknya menyediakan bantuan sekampit beras, tepung dan sebotol minyak masak, bagi mereka yang terputus bekalan.

"Kepada rakyat yang kesusahan sepanjang tempoh PKP ini dan memerlukan bekalan keperluan harian,

"Sila berhubung dengan wakil kami di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan maklumkan nama, bilangan ahli keluarga, alamat rumah dan nombor telefon," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen kawasan terbabit berkata, demikian melalui ciapan di laman sosialnya.

Menurutnya, selepas diproses maklumat, sumbangan akan dihantar ke kediaman anda menerusi JPKK di kawasan kediaman masing-masing.

Katanya, Orang ramai boleh menghubungi wakil berkenaan sebagaimana berikut; DUN Buluh Gading Ustaz Yusrizal 0193228486, DUN Tepoh En Yusof 0109087392, DUN Bukit Tunggal Ustaz Azzam 010-790 2015 dan DUN Seberang Takir En Azmi 018-781 4887.

"Moga Allah mudahkan segala urusan kita semua," tambah beliau

Ulasan