Rakyat Harus Berkorban Demi Masa Hadapan


 Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Rakyat haruslah berkorban buat sementara waktu ketika pihak kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 demi kesenangan pada masa hadapan.

Setiausaha PAS kawasan Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, mereka hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan, jaga kesihatan dan bersabar atas ujian dihadapi.

“Apabila kes yang semakin meningkat maka perlu sangat kerajaan melaksanakan PKP 2.0 yang bermula pada 22 Januari sehingga 4 Februari.

“ Jika tidak dilaksanakan PkP agak sukar membendung kes Covid- 19 yang semakin meningkat ini.

“Penguatkuasaan SOP perlu diperketatkan terutama di tempat awam seperti pasar raya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan PKP 2.0, pada semalam.

Justeru itu, beliau mengajak orang ramai agar sama-sama berdoa semoga virus Covid-19 ini terhapus di seluruh dunia.

“Sama-sama berdoa kehadrat ilahi semuga ujian ini disudahi dengan nikmat iman dan kesejahteraan untuk semua,” tambah Cikgu Shalahuddin.

Ulasan