KEMAMAN - Kerja sebagai Penghantar 'Runner' atau 'Riders' sama ada untuk menyampaikan makanan atau barangan kepada pelanggan merupakan satu pekerjaan yang mencabar.
Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat berkata, mereka sentiasa mengejar masa.
"Berada di atas jalan raya berhadapan dengan risiko dan sebagainya. Waktu rehat yang tidak menentu.
"Semuanya bagi memastikan segala pesanan yang dibuat oleh pelanggan sampai dengan segera," ujarnya.
Beliau yang juga ADUN Chukai berkata demikian selepas meraikan mereka dengan mengagihan makanan tengahari percuma, di sini hari ini.
Katanya, beliau turut memberikan sedikit perbelanjaan untuk isi minyak motosikal mereka.
" Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka dalam mencari rezeki untuk keluarga," katanya.
Beliau berkata, 'Program Sebungkus Nasi Setulus Hati' bermula sejak 11.00 pagi tadi akan berakhir sehingga jam 2.00 petang.
"Kepada Runner atau Riders yang belum datang, boleh datang segera di Pejabat ADUN Cukai. Pengambilan makanan secara pandu lalu. Kami masih menanti anda," tambah beliau.
Ulasan