Bantu Kurangkan Kegelisahan Rakyat


KUALA TERENGGANU - PAS kawasan Kuala Terengganu menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi mengurangkan sedikit kegelisahan mereka.

Yang Dipertuanya, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia dapat membantu meringankan yang terpaksa menanggung tanggungan keluarga mereka.

“Mereka adalah pemandu pemandu van, bas sekolah kerana sekolah masih lagi tidak beroperasi sepenuhnya dan termasuk pemandu bas persiaran kerana aktiviti pelancongan masih tidak dibuka,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, pada semalam.


Antara yang terkesan, kata beliau, ialah pekerja kantin sekolah, pemandu bas, pemandu teksi, tukang beca, ustaz ustazah, tukang gunting, ketua keluarga yang dikuarantin dan di rawat di rumah ataupun hospital, peniaga air tepi jalan ataupun warung kecil, guru pasti, peniaga pasar malam, tukang urut, bekam dan spa.

Selain itu katanya, pekerja pekerja bagi sektor yang ditutup  kerana ada yang mendapat gaji harian seperti kedai jam, jahit pakaian, kasut, karpet, bunga, basikal, cenderahati, pusat cuci kereta, kedai peralatan sukan dan guru institut memandu.

“Bermula 31 Januari, saya dan pasukan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Wakaf Mempelam telah menyantuni golongan golongan ini di kampung-kampung dengan memberikan sumbangan barangan keperluan dapur.

“Berupa barangan seperti beras, minyak masak, gandum, gula, mee hoon, susu pekat, garam, telur, sos chili, Sos Tomato, sardin, bawang dan lain lain,” ujar Wan Sukairi.

Justeru itu, beliau berharap dengan sumbangan ini akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan mereka akibat tiada pendapatan kerana tidak dapat keluar bekerja.

Ulasan