Oleh : Adli Mohd
DUNGUN - Aplikasi 'Sugarbook' yang menawarkan aktiviti penyundalan di kalangan penuntut universiti dengan menawarkan khidmat 'Sugar Baby' perlu diharamkan segera.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawsan Dungun (DPPKD), Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata tidak sewajarnya jika masih ada pihak yang mempertahankan aplikasi berkenaan demi menjamin kelansungan hidup pelajar.
"Dengan mengatakan ia dapat menambah pendapatan para pelajar, maka dia tidak sayangkan remaja hari ini.
"Sanggup melihat kerosakan berlaku depan mata kerana habuan dunia," ujarnya.
Beliau berkata demikian, dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa, 16 Februari.
Sedangkan katanya, telah jelas didalam al-Qur'an, Allah memberi peringatan tegas jangan sesekali perbuatan keji yang merupakan satu jalan yang jahat.
"Masih banyak lagi cara atau kaedah untuk menambah pendapatan sampingan demi menampung keperluan harian.
"Antaranya membuat 'tutor', grab, foodpanda, grabfood, Ganushop, kerja pam minyak, terjemah bahasa, memasukkan data (data entry).
"Design, promoter dropship, pembantu research dan macam macam lagi, asalkan halal," tegasnya.
Tegasnya, semua masyarakat perlu takut setiap amaran Allah taala demi membina generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Ulasan