Kadar Rawatan Hospital COVID-19 Turun Selepas Satu Suntikan Vaksin


Kajian baru menunjukkan suntikan vaksin Pfizer dan AstaZeneca mengurangkan risiko kemasukan hospital akibat coronavirus, masing-masing sebanyak 85 dan 94 peratus. 

Kajian tersebut dilakukan terhadap pesakit mengidap COVID-19  di Scotland setelah mereka  menerima satu dos vaksinasi selepas empat minggu menerima suntikan. 

Agensi Anadolu dipetik melaporkan, berdasarkan vaksinasi sebenar, kajian tersebut melibatkan data yang diperoleh daripada keseluruhan 5.4 juta populasi negara itu. 

Analisis telah dilakukan oleh pakar dari universiti Edinburgh, Strathclyde, Aberdeen, Glasgow dan St Andrew's serta Public Health Scotland (PHS).

 "Hasil ini sangat menggembirakan dan memberi kami alasan besar untuk bersikap optimis untuk masa depan,

 "Kami sekarang mempunyai bukti nasional - di seluruh negara - bahawa vaksinasi memberikan perlindungan terhadap COVID-19 kemasukan ke hospital." kata penyelidik utama Profesor Aziz Sheikh.

Sementara itu, agensi Bloomberg melapurka, kempen vaksinasi terbesar dalam sejarah sedang dijalankan.  

Lebih daripada 205 juta dos telah diberikan di 92 negara, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg.  Kadar terbaru adalah kira-kira 6.44 juta dos sehari.

Ulasan