'Langgar Hadi, Tak Menjadi'


Oleh : Ustaz Fairuz Hafiizh Othman

Ada yang bertanya saya.  Kenapa teruk betul PAS berpecah?  Kalah PH.. Saya tanya PH tak pecah ke?   Dia jawab.. Tak berbunyi pun..  Saya balas balik.  Sebab dah pecah lumat.. Nak bunyi tang mana...? 

Sehari dua ni kecoh kononnya ada perpecahan dalam PAS nak guling Tg Presiden.  Ada pihak yang telah menafikan dan menyatakan taat setia dan tidak akan mengkhianati TG Presiden. 

Persoalannya betul ke ada yang nak jatuhkan Presiden dan PAS berpecah?  Bagi saya tidak pelik kerana memang telah lama ada usaha nak jatuhkan  TG Presiden PAS.  Malah PAS memang telah banyak kali berpecah.  Namun semakin berpecah PAS semakin berpengaruh dan teguh. 

Sesiapa sahaja yang istihar nak Jatuhkan TGHH sebagai presiden akan kecundang.  Kemuncak usaha menjatuhkan TGHH sebagai Presiden ialah gerombolan PAN.  Mereka telah berjaya mengelilingi TGHH beberapa lama sebagai pembelot dan pendesak.  Namun TGHH utuh dan teguh sebagai presiden. 

Usaha dalam dan luar di buat.  Saya masih ingat..  Di buat satu program himpunkan pimpinan PAS seluruh negara.  Di jemput seorang dari luar PAS yang kononnya pakar perlembagaan.  Kritik TGHH di hadapan ahli dan pimpinan PAS sedangkan TGHH di jemput hadir di majlis sama.  


Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik yang masih ada ketika itu antara yang bangkit mempertahankan TGHH dan mengkritik kebiadaban penganjur dari kalangan pimpinan PAS . kononnya atas dasar keterbukaan dan demokrasi berbicara.  TGHH tetap teguh dan akhirnya kluster khianat TGHH tersingkir dari jalur kepimpinan PAS.  

Kelompok Yang sama cuba melagakan TGHH dan almarhum TGNA.  Mereka mengelilingi TGNA dan memberikan maklumat palsu untuk cetuskan ketegangan antara dua Tok Guru.  Akhirnya TGNA menyedari usaha jahat mereka.  Di hujung hayatnya.. TGNA sentiasa meminta merujuk TGHH sebagai presiden dalam keputusan parti. 

Bagi saya sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan diri ingin menjadikan PAS sebagai tangga politik akan tersungkur jika memilih bertembung TGHH sekalipun berlindung di sebalik jubah mursyidul Am ketika itu.  Mereka akhirnya tersingkir darI PAS. 

TGHH bukan hanya presiden parti,  tetapi beliau adalah guru rohani bagi ahli PAS.  Tempoh didikan beliau sejak tahun 80an telah memenuhi pelusuk negara. Orang yang bijak tidak akan memilih untuk bertembung dengan TGHH.  Bergayut dan berselindung di belakang jubah beliau adalah lebih bijak dari berhadapan untuk "langgar Hadi." 

Ini di sedari oleh semua pimpinan dan ahli PAS.  Sebab itu saya kurang percaya jika ada bisikan menyatakan ada kumpulan ingin menjatuhkan Presiden PAS itu.  

Sebagai parti yang miliki ahli paling berdisiplin dan tersusun rapi,  tentunya ramai musuh dan rakan yang ingin menguasai bukan hanya ingin berkawan rapat dengan PAS.  Tidak pelik jika ada proksi mereka dalam PAS.  Itu percaturan biasa dalam mana mana parti politik. 

Memilih bertembung dengan presiden bukanlah pilihan bijak kecuali bagi mereka yang terdesak dan melihat jalan mati untuk kuasai PAS . Berlumba mendampingi dan mengelilingi TG Presiden adalah lebih bijak jika mereka mengetahui nilai TGHH bagi ahli PAS.  

Tulisan ini sekadar memahamkan musuh dan rakan PAS tentang nilai Tuan Guru presiden yang kami kasihi di kalangan ahli. Sesiapa sahaja yang memilih memusuhi TGHH seperti kenyataan DAP satu ketika dulu " kami tidak musuhi PAS tetapi Hj Hadi" adalah kenyataan bodoh dan tidak mengenal PAS.  Kerana itu.. Tak perlu bertanya tentang perpecahan PAS dan adakah ahli yang nak jatuhkan presiden PAS?  


Ulasan