Muslimat Teruskan Agenda Mensejahterakan Rakyat


Oleh: Nooreni Abu Bakar 

KUALA TERENGGANU - Dewan Muslimat PAS (DMPNT) menerajui wanita Terengganu dalam memperjuangkan kesejahteraan masyarakat berlandaskan syariat Islam. 

Ketuanya, To' Puan Zarani Othman berkata, anggota dewan tersebut di semua peringkat, sedang bekerja keras dalam gerakerja dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan

Katanya, mereka fokus dan bertekad mempertahan kerusi yang telah di menangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu bagi meneruskan agenda Maju, Berkat dan Sejahtera. 

Justeru, pihaknya memandang serius peningkatan wanita Terengganu dalam kes perceraian yang berlaku di negeri tersebut setiap tahun.

"Ketua Hakim Syarie, Dato Mohd. Zakri telah mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan cerai di peringkat Terengganu bertambah setiap tahun.

"Muslimat melihat perceraian ini adalah perkara yang sangat-sangat terkesan  untuk pembinaan sebuah institusi kekeluargaan yang akan mensejahterakan negara dan Negeri Terengganu," katanya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Marang berkata demikian, ketika bercakap dalam Bengkel Penguasaan Isu yang diadakan secara maya di sini pada 13 Disember lepas. 

Oleh itu, kata beliau, penumpuan juga diberikan untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40 termasuklah ibu tunggal dan penduduk kurang kemampuan yang ada di Terengganu hari ini.

"Muslimat akan terus bekerja dalam membantu kerajaan negeri dalam menjadikan mencapai Pelan Induk Terengganu Sejahtera, menjelang 2030," tegasnya. 

Ulasan