Pemuda Mahu Calon SPM Kekal Fokus

 


HULU TERENGGANU - Prihatin dengan tekanan yang dihadapi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu akibat pandemik Covid-19 yang tidak menentu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menghulurkan bantuan kepada mereka.

Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak, bantuan itu bagi memastikan calon SPM kekal fokus bagi menduduki peperiksaan kali ini.

Kesemua mereka katanya, ditempatkan di tujuh buah rumah menghadapi kesulitan apabila berjauhan dari keluarga. 

"(Dalam) keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih menyukarkan pergerakan mereka yang semakin hampir dengan peperiksaan sebenar," ujarnya.

Beliau berkata demikian, dalam satu kenyataan pada Isnin, 1 Januari.

Melalui sumbangan berkenaan, Ustaz Nasir berharap calon-calon dapat melakukan persediaan di tahap terbaik bagi menduduki peperiksaan berkenaan. 

Dalam pada itu beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Pendidikan Yayasan Islam diatas insiatif memberi peluang kepada anak muda di negeri ini mengambil peperiksaan itu. 

"Beberapa perkara berbangkit yang melibatkan kebajikan dan kebaikan secara tidak lansung turut dibincangkan," ujarnya lagi.

Ulasan