Perginya Seorang Muslimat PAS Sejati


Oleh : Farhana Mustapa

BESUT - PAS DUN Hulu Besut kehilangan seorang aktivitis iaitu Ketua Muslimat Cawangan Alor Keladi, Minah bt Latif atau lebih dikenali sebagai Che Moh pada jam 12.22 pagi, 14 Febuari 2021 bersamaan 2 Rejab 1441.

Ketua Muslimatnya, Puan Fadilah Syed Abdul Hamid menyifatkan Allahyarham sebagai muslimat yang sangat komited dan berdedikasi dalam melaksanakan gerak kerja jamaah. 

“PAS Hulu Besut merasakan Allahyarhamah menjadi kehilangan sebutir  permata yang cukup berharga atas istiqamah yang ditunjukkan kepada perjuangan bersama PAS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika di hubungi pihak media, pada semalam.

Menurutnya, Che Moh terkena serangan strok  sejak beberapa tahun  dan tidak sedarkan diri dua hari sebelum kematiannya.

“Walau bagaimanapun, Che Moh tidak mahu ke hospital untuk mendapat rawatan semasa masih sedarkan diri. 

“Keluarganya hanya boleh memanggil doktor kerumah dan doktor mengatakan beliau tiada harapan untuk sembuh kembali,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi  Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, beliau  merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian orang tersayang.

”Semasa sihat, beliau merupakan aktivis dan ahli jawatankuasa kerja (AJK) muslimat DUN yang sangat komited dengan perjuangan.

“Beliau juga merupakan aktivis yang berusaha mewujudkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kampung  Alor Keladi pada peringkat awal penubuhan,” jelasnya.

Selain itu, allahyarhamah aktif dalam muslimat yang mana beliau menggerakkan program ziarah muslimat, program bacaan yasin di surau-surau, mengikuti program di peringkat DUN dan kawasan serta terlibat dalam pilihanraya kecil (PRK).

Ulasan