PKP2.0 : Muslimat 'Flontliners' Di Belakang Tabir


KUALA TERENGGANU -  Menyedari ramai berdepan tekanan ekonomi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PAS Terengganu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka ini.

Umpama 'frontliner' di belakang tabir, bantuan diberikan kepada mereka yang memerlukan dalam perbagai cara.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata oleh kerana negeri Terengganu dikenakan PKP2.0 yang menghadkan setiap pergerakan menyebabkan muslimat mencari alternatif agar rakyat dapat dibantu. 

"Memandangkan di Dewan Undangan Negeri(DUN) Buluh Gading ini antara kawasan yang juga penularan Covid-19 berlaku, jadi saya akan menelefon mereka yang kita kenal pasti dikuarantin atau terjejas pendapatan untuk bertanya kabar dan seterusnya menghantar sumbangan ke rumah mereka tanpa bersemuka, "katanya. 

Ketua Muslimat PAS DUN Buluh Gading itu juga turut memaklumkan seramai 21 keluarga menerima sumbangan tersebut ketika dihubungi di sini pada 3 Januari lalu. 

Sementara itu, Ketua Muslimat Setiu, Ustazah Wan Ramlah Wan Abdul Rahman memberitahu pihaknya mendapat perkhabaran kesulitan dan keperitan hidup mereka yang dikuarantin dan bekas pesakit  Covid-19 daripada keluarga terdekat ataupun jiran tetangga. 

"Bersama Majlis Tindakan DUN (MTD), Pemuda dan Ameerah DUN Batu Rakit, kita mengambil inisiatif  dengan membahagikan kepada empat kumpulan untuk mengagihkan sumbangan kepada 27 orang penerima, ujarnya yang juga Ketua Muslimat DUN Batu Rakit.

Ulasan