Oleh : Muhd Afiq Zohir
BESUT – Seluruh Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Besut disanitasi oleh Jabatan Amal Malaysia (JAM) Besut.
Komandan Jabatan Amal (JAM )Besut, Luqman Hakim Hashim berkata pihaknya menyambut baik seruan ketua dewan pemuda PAS kawasan Besut untuk mensanitasikan seluruh premis PASTI bagi mengelakkan penularan wabak penyakit Covid-19.
“Seramai tiga orang anggota JAM yang ditugaskan dalam operasi kali ini yang melibatkan 29 buah premis, " ujar beliau.
Beliau berkata, sambutan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para pengurus dan guru-guru PASTI menunjukkan bahawa kami sentiasa bersatu dalam menghadapi apa sahaja ujian yang melanda.
Katanya, penularan wabak penyakit di Negeri Terengganu sangat tinggi, Oleh itu, para guru perlu mengambil langkah awal penularan wabak ini”.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pihak media di Kampung Raja, Besut, pada 4 Februari.
Tambahnya lagi, para pengurus perlu sentiasa peka dengan makluman dari pihak atasan bagi sama-sama melindungi nyawa terutamanya anak-anak PASTI.
“Saya sangat berharap agar para guru sentiasa mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) sepanjang barada di dalam premis PASTI,” kata Hakim
Ulasan