Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN - Ketua Muslimat PAS Kelantan Dato Siti Zailah Mohd Yusoff menasihati setiap anggota muslimat semua peringkat, agar melakukan solat hajat pada setiap hari.
Katanya, ibadat itu mempunyai rahsia kekuatan dan kemenangan dan beliau memunaikannya setiap hari sebelum, solat subuh.
Menurut beliau, munajat itu dapat meringankan tugasan berat apabila diamahkan menjadi Timbalan Menteri.
"Semakn kerap kerana tanggung jawab makin berat, pergantungan kepada Allah mestilah sangat tinggi.
"Solat hajat bukan sahaja kita perlu sahaja tetapi setiap hari, kena doa kepada Allah, kena mohon dengan Allah dengan sabar dan solat,
" ini rahsia kalau muslimat ingin kekalkan kemenangan di Terengganu dan Islam terus memerintah negeri dan negara kita usaha solat hajat, setiap hari, " katanya.
Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Malaysia itu menjelaskan demikian kepada muslimat PAS Dungun pada program Taujihad PRU15 secara maya pada malam Khamis 18 Februari.
Bekiau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, jentera Pilih Raya Umum ke 15 (PRU15) mestilah ditingkatkan.
"Persiapan jentera di semua peringkat mestilah sudah lengkap dengan ahli jawatankuasanya bukan sekadar ada nama serta jawatan tetapi melaksanakan kerja yang ditetapkan.
"Jika ada apa-apa kekurangan dari segi kemahiran, beri kursus, tingkatkan skill. Kalau kekurangan peralatan.. bantu, kutip dana... sediakan, jika perlukan 'handphone', laptop, pembesar suara... kena siap doh dari sekarang," katanya.
Selain itu, setiap muslimat juga perlu siapkan tabung iaitu untuk peribadi dan juga untuk parti.
" Untuk peribadi inilah kita gunakan juga untuk pilihan raya nanti, untuk kegunaan kita bergerak masa pilihan raya. Untuk minyak kereta kita dan sebagainya untuk kegunaan peribadi kita sebagai AJK muslimat dalam kerja-kerja kempen masa pilihan raya ,
" tidak perlu minta dengan parti. Ada orang yang dia beri sumbangan kepada parti tetapi bila dia nak keluar kerja-kerja parti, dia minta dengan parti, ini tidak berapa comel, "jelasnya.
Ulasan