Tingkatkan Khidmat Kepada Komuniti


KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu menumpukan usaha meningkatkan khidmat mereka dengan mengadakan pelbagai aktiviti dalam komuniti setiap kawasan di negeri ini.

Ketuanya, To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, ini merupakan platfom terbaik dalam memecahkan tembok dan juga merapatkan hubungan dalam masyarakat.

“Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kita terus bergerak dan terus memperkemaskan serta memantapkan organisasi kita di setiap peringkat bagi menghadapi PRU yang akan datang.

“Antara penumpuan yang sedang dipergiatkan ialah penubuhan cawangan Muslimat dan mengadakan tarbiyah di setiap tempat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam Program Siri Pemerkasaan Hal Ehwal Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (HePDUN) secara atas talian pada Jumaat, 29 Januari. 


Sementara itu, Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, muslimat PAS mendekati golongan hawa ini dengan program yang mesra dengan wanita.

“Kita mendekati mereka dengan mengadakan antaranya kelas-kelas sulaman, berkebun dan bermunajat ,” tambah beliau lagi.

Ulasan