Tradisi 'Gong Xi Fa Cai' Dalam Suasasa Norma Baharu

Serena (kanan) menyantun warga Cina Dungun

Oleh Noreni Abu Bakar

 DUNGUN - Walau pun Tahun Baru Cina (Gomg Xi Fa Cai) yang disambut berbeza pada kali ini namun masyarakat 'Tionghua' mengekalkan tradisi 'Makan Besar' dalam suasana norma baharu.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Dungun, Serena Lim berkata, tahun 'lembu jantan' 2021 tetap meriah diraikan bersama keluarga yang tinggal berdekatan sahaja.

"hidangan istimewa tetap ada, cuma kebiasaannya semua anak-anak lelaki akan balik ke rumah orang tua mereka untuk 'Makan Besar', 

"anak-anak perempuan akan ikut suami mereka ke rumah mertua untuk bersama keluarga suami. 

"Manakala anak-anak yang tidak dapat pulang, tetap mengadakan sambutan' bersama keluarga kecil masing-masing," ujarnya. 

Serena tetap teruja, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, menjelaskan demikian ketika dihubungi di rumahnya di sini hari ini. 

Menurutnya, PAS sebagai mana tahun-tahun sebelumnya, tetap menyantuni masyarakat Cina di sekitar Dungun. 

Bersama anggota Lajnah, kata beliau, lawatan runah ke rumah dilakukan dengan mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Cikgu Alias (baju merah)

Tambahnya, 'ang pow' dan buah limau sebagai tanda  meraikan kegembiraan menyambut 'hari raya' bagi kaum Tionghua itu. 

"Kita telah mengunjungi lebih seribu rumah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Penyelaras DUN dalam kawasan Dungun," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, kaum Cina adalah jiran tetangga yang diiktiraf hak mereka dalam negeri ini. 

"Kerajaan PAS Terengganupun tidak pernah meminggir mereka, setiap peruntukan untuk kebajikan rakyat disalurkan seadilnya tanpa ada sempadan agama, bangsa dan fahaman politik," kata beliau yang ditemui selepas program lawatan sempena Tahun Baru itu. 

Tegasnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sentiasa mengambil berat semua kaum tanpa mengira agama dan budaya, sebelum menjadi kerajaan dan mengeratkan silturahim sedia ada, selepas memerintah. 

Ulasan