Penunjuk perasaan yang marah dengan sekatan pergerakan mengekang pemularan pandemik COVID-19 telah mengadakan demonstrasi pada beberapa ibu kota di Eropah, beberapa hari selepas Belanda digegarkan oleh rusuhan anti perintah berkurung. Di Brussels, polis Belgium pada hari Ahad menahan ramai demonstran pada himpunan haram yang membantah kawalan pergerakan, termasuk sekatan keluar malam dan penutupan bar serta restoran.
Belgium telah mencatatkan salah satu angka kematian tertinggi di dunia akibat wabak koronavirus, dan sekatan pergerakan yang diperkenalkan pada bulan Oktober telah menurunkan kes jangkitan.
Sementara itu, polis membubarkan penunjuk perasaan pada demonstrasi di ibu kota Hungary, Budapest, di mana pekerja sektor perhotelan bergelut menghadapi situasi ekonomi di negara itu.
Perdana Menteri Viktor Orban menyatakan, beliau hanya dapat mula mengurangi langkah-langkah sekatan tersebut jika jumlah kes turun.
Hungary, dengan jumlah penduduk sekitar 10 juta, telah dilaporkan dijangkiti sejumlah 367, 586 kes pada hari Ahad dan 12, 524 kematian.
Jangkitan baru telah menurun tetapi lebih daripada 3,500 orang masih berada di hospital.
Di ibukota Austria, Vienna, para penunjuk perasaan berhadapan dengan polis anti rusuhan di lokasi demonstrasi sayap kanan melibat aktivis tokoh golongan terbabit.
Pihak berkuasa telah melarang banyak protes yang dirancang pada hujung minggu ini, termasuk yang dirancang oleh Parti Kebebasan pada hari Ahad, dengan alas an tunjuk perasaan pada umumnya gagal mematuhi peraturan mengenai jarak fizikal dan sering tidak memakai pelitup muka.
Sejak 26 Disember, Austria telah memasuki kawalan pergerakan kali ketiga, dengan kedai-kedai yang tidak penting dan banyak perniagaan lain ditutup dan kakitangannya tidak dapat bekerja.
Di Amsterdam, kira-kira 30 orang ditangkap ketika polis Belanda kerana mengadakan tunjuk perasaan terhadap langkah-langkah penutupan.
Polis mengatakan, mereka telah menghantar pulang sekitar 600 orang yang telah melanggar peraturan jarak fizikal dan mengabaikan larangan perhimpunan awam di seluruh negara.
Mereka berkumpul di Museumplein di pusat Amsterdam dan tidak ada laporan mengenai kejadian ganas berlaku, pada lewat petang pada hari Ahad.
Ulasan