Upah Di Dunia, Pahala Di Akhirat


 Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - Umat Islam yang bekerja bersungguh-sungguh niat kerana Allah SWT akan mendapat ganjaran bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat kelak.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, dalam suatu pekerjaan, hendaklah ada sifat amanah dan melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin.

"Kelebihan di samping boleh gaji dengan buat kerja ini, kita hendaklah jadikan ia sebagai amal dan gaji kita di akhirat.

"Kita juga boleh dapat upah di akhirat  dengan dua syarat  iaitu ikhlas buat kerja nak tolong Allah, nak tolong agama Islam serta buatlah kerja yang ditetapkan mengikut syarak," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketia menjadi Naqib dalam Usrah Online bersama kakitangan dan Pegawai Media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), pada semalam, Khamis 4 Februari.

Menurutnya, apa yang dilakukan ini tidak akan terpisah dan dapat membantu di akhirat nanti.

"Atas dunia kita boleh tipu, atas dunia boleh kita jawab berbagai soalan tetapi ketika menghadap Allah pada akhirat nanti tubuh badan kita menjadi saksi. 

"Lidah  yang kita cakap seolah-olah bagai pen, air liur seolah-olah dakwat dan segala anggota sebagai kertas," ujarnya.

Kata Mohd Nor, ini adalah salah satu ruang dan peluang untuk mendekati agama Allah. 

"Tolong 'bawa' telinga untuk dengar nasihat, ambil pengajaran  orang mati, jangan lalai dan ketahuilah siang malam malaikat tukar sokmo catat amalan kita.

"Kita kerja sungguh cari makan, padahal semua itu sudah ditetapkan oleh Allah.

"Kalau bab dunia sungguh belaka.Mata hati kita jadi tutup membuat kita tak boleh nak nilai hak mana molek," katanya.

Justeru itu, beliau mengingatkan kepada semua kakitangan penjawat awam agar tidak melakukan kesalahan.

"Jangan ikut orang yang buat kerosakan, kita kerja sebagai penjawat kerajaan.

"Kita buat kerja untuk amalan untuk dapat pahala daripada Allah.

"Kalau orang mikir tentang akhirat mereka akan buat kerana mengharapkan pahala akhirat," tambah Ustaz Mohd Nor lagi.

Ulasan