Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN - Orang ramai digesa agar menguruskan emosi dengan baik sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan agar tidak terus gelisah dan menderita depresi.
Setiausaha Kebajikan PAS Negeri Terengganu, Ghazali Sulaiman berkata, tidak mudah untuk rakyat berhadapan dengan situasi berkenaan yang sangat memberi kesan kepada semua pihak.
Tambah pula kata beliau, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), walau bagaimanapun katanya semua rakyat perlu akur.
"Kerajaan telah pun mengkaji sesuatu yang baik buat kita rakyat Malaysia. Bagi memastikan kesejahteraan kita semua.
"Teruslah kita tekadkan iltizam untuk terus berjuang bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dihentikan.
"Dengan terus berada di rumah jika tiada urusan penting dan mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan," ujarnya.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi itu berkata demikan ketika ditemui pihak media, menyampaikan bantuan kepada penduduk terjejas sepanjang PKP dilaksanakan, di sini,. pada Rabu, 3 Februari.
Katanya, setiap rakyat perlu kembali melihat dan menilai firman-firman Allah pada setiap perkara yang tidak disukai manusia, namun mengandungi hikmah yang besar.
"Boleh jadi kamu benci sesuatu, padahal ia sangat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu.
"Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui, Surah Al-Baqarah ayat 216," ujarnya.
Justeru katanya, berhubung PKP yang dilanjutkan sebagaimana diumumkan semalam berakhir pada 18 Februari perlu diterima dengan hati yang redha.
"Teruslah berdoa kepada Allah SWT, hanya kepadaNya kita sandarkan harapan dan pergantungan," ujarnya.
Katanya, PAS di setiap kawasan pada ketika PKP ini sedang menghulurkan pelbagai bantuan didalam usaha meringankan beban rakyat.
"Begitu juga dengan peringkat DUN Bukit Besi kita telah pun mengenal pasti golongan sasar untuk kita agihkan bantuan ini dalam masa terdekat.
"Insya Allah para peniaga pasar malam dan pasar tani juga berada dalam. Senarai untuk kita agihkan bantuan. Semoga dengan bantuan ini akan meringankan sedikit bebanan yang dihadapi oleh semua rakyat pada ketika ini,"ujarnya lagi.
Ulasan