"Bukan Hak Saya Tentukan Calon PRU"

 


Oleh : Nooreni Abu Bakar 

MARANG - Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, bukan hak beliau untuk menentukan calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. 

Presiden PAS itu berkata, Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Pusat yang memutuskan sesiapa yang akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya

 Presiden PAS itu mengulas soalan pemberita berhubung anak-anaknya yang berkemungkinan akan dicalonkan di dalam PRU15.

"Yang penting (calon PRU15 mestilah mempunyai), keahlian, ciri-ciri kepimpinan, bukan sahaja berilmu tetapi berintegriti (ini sangat penting), anak-beranak tidak penting," jelasnya menjawab soalan yang diajukan kepadanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyampaikan kuliah secara atas talian di Masjid Rusila di sini pagi Jumaat 19 Mac. 

Ahli Parlimen Marang itu turut menafikan pemilihan anak sulongnya, Ustaz Muhammad Khalil sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, adalah disebabkan pengaruhnya. 

Dalam pada itu, beliau mengulangi pernyataan bahawa kerjasama Perikatan Nasional (PN) adalah untuk menyelamatkan negara dan bukan untuk kepentingan  invidividu atau mana-mana parti politik

"Kerjasama PAS dengan Umno, Bersatu, termasuk parti-parti di Sabah dan Sarawak serta yang bergabung dengan - rakan-rakan bertujuan menyelamatkan rakyat dan negara, biar dia(Pakatan Harapan) selesai dulu, dia lemas... kita semakin kuat," jelasnya.

Ulasan