Gendang PRU15 Bergema

 


Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN - Bahang Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kini sudah mula terasa disegenap pelusuk negara dan tidak ketinggalan juga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.

Berlangsung di Dewan Habib Noh, bangunan Parti Islam Semalaysia (PAS) DUN Kijal, di Bukit Kuang, Majlis Pelancaran Jentera PRU15 DUN tersebut diadakan pada 27 Mac lalu yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Yang Berhormat Senator Dato' Ustaz Husain Awang.

"Jentera dan pengundi Kijal telah memberi sumbangan undi sebanyak 8280 undi kepada kemenangan Parlimen Kemaman yang diwakili oleh calon PAS pada PRU ke 14.

"Jasa ini tidak boleh dilupakan dan ianya perlu dikenang kerana ia merupakan kemenangan yang pertama didalam sejarah pilihanraya di Kemaman yang bertanding diatas lambang PAS," katanya.


Sebelum itu turut berucap, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman iaitu Yang Berhormat Ustaz Che Alias Hamid bersyukur kerana semua jentera PAS di Kemaman telah bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya.

"Alhamdulillah, semua jentera parti di Kemaman telah bersiap siaga bagi menghadapi PRU ke 15 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

"Semoga Allah memberi kepada kita kekuatan dan pertolongan dalam mempertahankan kemenangan yang ada ini sehingga tertegaknya syair Islam dibumi ini," ujarnya.

Turut hadir dimajlis tersebut adalah Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Kijal Ustaz Hazri Jusoh, Ahli Jawatankuasa Urusetia Pilihanraya Negeri Terengganu Ustaz Ahmad Kamal Ali dan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Kemaman, Amri Mamat.

Majlis yang berakhir dengan lafaz ikrar jentera dan doa wehdah oleh Ketua Pemuda DUN Ustaz Zulkifli Nara diiringi oleh semua petugas telah disempurnakan dengan penuh semangat juang.

Ulasan