Hari Tanah; Hanya Tinggal 15 Peratus Milik Warga Palestin


 Sungguh menyakitkan apabila memikirkan bahawa sekarang, hanya 15 peratus daripada tanah Palestin yang bersejarah dihuni atau dimiliki oleh orang Palestin.

Ia amat berbeza dengan tempoh yang tidak lama sebelum Israel dimulakan, ketika para emigran Yahudi, hanya sepertiga memilik kurang dari tujuh peratus tanah.

Penyelidik dan penulis, pakar dalam poliitik Palestin, Dr Emad Moussa berkata, hari ini, rakyat Palestin di dalam Israel terus melihat tanah mereka disita melalui pelbagai kaedah jahat rejim Israel.

“Empat puluh lima tahun kemudian, pencurian tanah Pelestin terus  berlanjutan. Penyitaan tanah untuk tujuan ketenteraan, keselamatan, atau perindustrian semakin meningkat dan, terutama mengganggu, langkah-langkah untuk membebaskan Jerusalem, ibu kota yang diharapkan bagi masa depan negara Palestin

“melalui prosedur undang-undang yang berbelit-belit. Permit bangunan terhad dan pengembangan geografi kerana pertumbuhan penduduk semula jadi dibatasi. Di Negev , pembongkaran kediaman dan perobohan rumah milik masyarakat Badui Palestin hampir berlaku setiap minggu,” ujarnya.

Beliau menulis demikian sempena peringatan Hari Tanah Palestin yang disambut pada 30 Mac setiap tahun.

Sementara itu, Hamas menegaskan sokongan dan perjuagangan berterusan untuk hak Palestin untuk menentang sebarang bentuk penjajahan

Ketua Jabatan Media Hamas, Rafat Morra berkata, kebangkitan atau Intifadah Palestin sejak 1948 menjadi titik tolak dalam perjuangan Palestin.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan menjelang ulang tahun ke-45 Hari Tanah Palestin, Morra menekankan bahawa rakyat Palestin komited terhadap identiti nasional mereka dan menuntut tanah air mereka dan akan melawan sebarang usaha untuk mengubah identiti masyarakat Palestin.

"Intifada itu telah membuka jalan untuk pentas nasional Palestin yang bersama dengan tahap-tahap lain membantu mengukuhkan kehadiran Palestin, melindungi identiti Palestin, mempertahankan tanah air Palestin dan menolak kebijakan Israel," tambah Morra.

Morra menegaskan penolakan Hamas terhadap kebijakan Israel yang diskriminasi dan memisahkan, menekankan bahawa rakyat Palestin berhak menentang keganasan Israel dengan segala cara yang mungkin.

Katanya, seluruh kepimpinan Hamas memberi salam dan ‘tabik’ kepada warganegara dari tanah Palestin yang diduduki pada tahun 1948 kerana bangkit melawan polisi dan langkah Israel.

Ulasan