Isu Penggunaan Kalimah Allah


Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya kristian dihangatkan kembali. 

Sepatutnya tiada sesiapa di kalangan umat Islam yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah secara menyeleweng. Bukan sahaja oleh kristian. Bahkan oleh melayu sendiri sekalipun.

Yang bersetuju dengan penggunaannya di kalangan kristian dengan membawa makna yang salah dan menyeleweng hanyalah orang bukan Islam khususnya pihak gereja. Dengan makna tuhan yang punya anak, sesungguhnya perbuatan itu menggoncang arsy dan membangkitkan murka Allah! 

Allah adalah Rabb. Pencipta, pentadbir, pengurus, pemberi rezeki. Allah juga adalah ilah. Kita wajib laksana tuntutan ubudiah terhadapNya. Allah yang tiada anak dan tidak diperanakkan. Ini keyakinan kami umat Islam. 

Sama ada anda sembah Dia atau lainNya, Dia tetap Rabb. Tak berkurang sedikitpun kekuasaanNya. Anda yang menyekutukanNya, wajib bertaubat. Kembali kepada agama tauhid iaitu Islam.

Kalian tidak mahu percaya, kami tidak memaksanya. Kami hormat kepercayaan kalian. Tapi itu tidak bermakna kami harus percaya apa yang kalian percaya. Itu bukan toleransi. Itu menggadai aqidah dan prinsip kami sebagai penganut agama tauhid! 

Kami faham mahkamah adalah entiti judiciary. Terpisah daripada legislation dan executive. Inilah konsep separation of power yang difahami dan dianggap menjadi amalan di Malaysia.

Namun, ahli-ahli parlimen muslim berkewajipan untuk buat sesuatu bagi membendung kemaraan gerakan kristianisasi secara terbuka dan meluas di Malaysia ini.

Kami dalam Ummah, Gerakan Pembela Ummah Terengganu mendesak semua MP beragama Islam sama ada di pihak kerajaan dan pembangkang berganding bahu dan bersepakat dalam usaha membendung masalah ini.

Kalian tahu ia bukan isu baharu. Ia sudah berlaku puluhan tahun. Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3(1)  dan perkara 11(1) sudah cukup jelas dan mencukupi untuk penganut agama lain mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Namun, perkara 11(4) jelas memberi hak kepada kerajaan negeri menggubal enakmen kawalan dan sekatan untuk mengelakkan ajaran agama lain disebar kepada umat Islam di negara ini.

Sekian.

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS

Pengerusi UMMAH Terengganu

29 Rejab 1442

Ulasan