Kad Sejahtera' Sangat Membantu


Oleh : Arifuddin Alias

KUALA NERUS – PAS Kuala Nerus menyifatkat bantuan khidmat kesihatan dan perubatan melalui program Kad Sejahtera, sangat membantu golongan kurang berkeupayaan. 

Ahli Jawatankuasanya, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, setiap penerima layak mendapat rawatan di klinik panel terpilih bernilai RM500 setahun. 

Tambahnya, rakyat Terengganu golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar adalah antara golongan sasar yang layak menerima manfaat tersebut. 

“Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan mengenalpasti meraka yang layak menerima skim ini khususnya yang mempunyai ahli keluarga kesihatan bermasalah, 

"antara syarat layak ialah wajib mengisi borang Profail Rakyat Terengganu (PRT) dan permohonan hendaklah dibuat melalui pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing," jelasnya. 


Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir  berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kad itu, di sini pada Jumaat, 5 Mac. 

Sehubungan itu, Ketua Pemuda Seberang Takir, Rozi Sakiman mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas kejayaan kerajaan PAS itu. 

"Alhamdulillah, seramai 41 penerima dari Bukit Tok Beng,  berbanyak terima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir kerana menyerahkan Kad Sejahtera bagi tahun 2021,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penerima, Siti Zulaikha mewakili bapa saudaranya Che Ismail Chik berkata, bantuan tersebut akan digunakan sebaiknya. 

"dia tidak dapat hadir kerana masalah cacat penglihatan dan pendengaran. Terima kasih kerana dapat Kad Sejahtera, 

"selain menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana memang dia sering berulang-alik ke klinik, ” katanya.

Menurut Haji Mohd Fazil, pembiayaan bantuan melalui Kad Sejahtera membabitkan peruntukan RM10.9 juta setahun.

Ulasan