KAWAT Terima 50 Set Barangan Cegah Covid-19 KAMI


KUALA TERENGGANU – Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) Terengganu menyerahkan 50 set barangan pencegahan Covid-19 kepada petugas media melalui Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT).

Pengerusi KAMI, Naraza Muda berkata, usaha mengekang pandemik Covid-19 bukan sahaja dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui petugas ‘frontlines’ termasuk warga media di Terengganu.

Katanya, KAMI merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja media.

Menurut beliau, pihaknya juga sentiasa turun ‘padang’ bagi melaporkan sebarang aktiviti masyarakat bagi media sosial dan cetak.

“Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) ini ditubuhkan sejak lebih 10 tahun lalu. Sebuah NGO yang banyak membantu masyarakat sama ada di dalam mahupun luar negara, sebelum ini.

“(dan) Aktiviti khidmat sosial KAMI bukan sahaja di Terengganu tetapi seluruh negara termasuk aktiviti di luar negara sebelum ini. Contohnya, terlibat dengan Misi Kemanusiaan dan Bantuan mangsa gempa bumi di Acheh, Syria, Yaman, Pakistan, Jordan dan Palestin. 


“Musim pandemik Covid-19 ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlaku di seluruh negara, KAMI turut mengagihkan barangan pencegahan Covid-19 seperti mask, sanitizer dan lain-lain untuk petugas barisan hadapan, termasuk warga petugas media di Terengganu ini,” ujarnya pada Majlis Penyerahan 50 Set Barangan Pencegahan Covid-19 kepada Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) di sebuah restoran, Kuala Terengganu.

Menurut Naraza, petugas media arus perdana juga merupakan barisan hadapan yang sentiasa berada di medan tugasan masing-masing.

Pada majlis ringkas itu, Pengerusi KAMI, Naraza Muda telah menyampaikan sumbangan sebanyak 50 set barangan berkenaan kepada Presiden KAWAT, Khairul Azlam Mohamad, untuk diagihkan kepada petugas hadapan media di negeri ini.

Ulasan