Kerajaan PAS Komited Siapkan Dua Lagi Loji


KUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS Terengganu komited untuk menyiapkan dua lagi projek Loji Rawatan Air (LRA) sekaligus meningkatkan penyaluran bekalan, menjelang Aidilfitri tahun ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia sangat penting bagi memastikan keperluan asas tersebut dapat dipenuhi bagi keselesaan rakyat jelata.

"Semua pihak termasuk Pihak  Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor telah diarahkan untuk memberikan kerjasama penuh bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan di tapak termasuk kawasan bandar," jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Besar negeri Terengganu berkata demikian dalam laman satu kenyataannya, pada pada Sabtu 20 Mac.

Menurutnya, beliau sempat meninjau perkembangan LRA Pulau Bahagia, Manir yang telah beroperasi pada 18 Mac 2021.

"Loji ini merupakan satu daripada tiga LRA baharu yang akan membekalkan 100 juta liter air untuk kegunaan 100,000 orang penduduk," ujar beliau.

Tambahnya, loji sedia ada hanya mampu menampung jumlah akaun yang wujud hingga  tahun 2012 sahaja.

"Selepas sembilan tahun, pengguna bertambah, pembangunan meningkat dan ini memberi kesan kepada pengguna sedia ada," kata beliau.

Ulasan